silve dan white

silve dan white
onagadori

SELAMAT DATANG


H/p En IRWAN 0175588949(WhatsApp)

Khamis, 13 Disember 2012

= AYAM ONAGADORI,GOTEN

 ONAGA GOTEN 
ONAGA GOTEN 

 
ONAGA (GOTEN)
 
ONAGA (GOTEN)

  
ONAGA (GOTEN)

Petang 30.12.2012 bosan dan tak ada kerja yang nak dibuat jadi bermula la aktiviti yang orang jaraq-jaraq buat atau.lihat ..Ha apa tu!!!Bawak si onaga ni jalan-jalan ke taman JUBLI EMAS ALOR SETAR.Adoi betol ka apa yang nak aku buat ni selalunya orang bawak haiwan kesayangan seperti kucing
,ular,anjing,tupai,atau burung je yang penah aku tenggok ni bawak ayam pegi jalan-jalan mana tau sambil menyelam minum air awek banyak ooooooooooo.Cuaca petang mendung ok sangat la jam 5.30 dah sampai di taman jubli.Aku sebenarnya tak kesorangan takkan nak pegi sorang-sorang kan mesti ada teman mana nak tau buatnya orang colek aku tak ke naya je jadi ajak la 2 sahabat baik aku iaitu en shukri dan en jabar nasib baik la dia orang ni tak kerja boleh la teman aku bawak si goten ni jalan-jalan.Jadi sebagai upah kena la belanja dia orang ni laksa pak tam pehh (terbaik)..Sementara makan laksa goten aku letak dalam kereta lama jugak la.tepat jam 6 baru la bawak si goten main di padang nasib baik tak mati sebab lama sangat..Bab ni memang bes aku nak cita,masa dok kilik si goten ni ada dua orang budak kecil tanya dekat mak dia ..Mak abang tu bawak apa ,mak dia jawab abang tu bawak ayam sabung(laga)nahh parah ni mak budak ni dah sampaikan berita sonsang kepada anaknya(bisik aku kepada sahabat ) ..bes jugak sebenarnya lihat telatah orang ni. tak buat tak tau kan mula-mula memang malu tapi lepas tu rasa bes jugak sebab kita boleh berkomunikasi dengan orang ramai serta minat sampai ada yang nak ambil gambar bersama si goten ni.Jadi secara tak lansung dapat la aku berkenalan dengan orang yang nak ambil gambar ni haaa paham-paham je la terbaik dari ladang...

= AYAM FRIZZLE POLISH

 
JANTAN (EMAS) 3 BULAN
 BETINA(EMAS) 3 BULAN
    
SEPASANG 3 BULAN


JANTAN(EMAS) 2BULAN

BAHAGIAN HADAPAN
SEPASANG (EMAS) 2 BULAN
JANTAN (HITAM) 2BULAN
SEPASANG (HITAM) 1BULAN

Rabu, 17 Oktober 2012

=IKAN PUYU ALBINO


BAHAGIAN KIRI
BAHAGIAN KANAN

BAHAGIAN HADAPAN

BAHAGIAN ATAS 

KEPERCAYAAN:
Menurut kepercayaan (segelintir) masyarakat melayu .ikan ini mampu menghalang ganguan ilmu hitam. Salah satunya mengelak daripada dipukau oleh pencuri .hal ini kerana ikan ini mempunyai duri yang tajam di atas dan dibawah badan.serta terdapat lagi beberapa versi tentang mistik ikan ini.Agak-agak la kalau ikan aku ni apa pandangan anda tentang mistiknya .apa pun aku besyukur atas pemberianNya..bukan senang nak dapat benda -benda pelik ni pasni apa pula ye..

MUTASI:
 ciri-ciri albino adalah bermata merah serta berbadan kuning atau putih atau kedua-duanya sekali dan terjadi kepada haiwan dan manusia serta sangat exotic.lucistix pula berwarna putih dan sesetengahnya terdapat paradox di badan.calico pula adalah penyakit putih dan juga terdapat warna yang lebih dari satu warna..apa pun ikan ini sudah menjadi sebahagian dari keluarga M.I.H FARM ...
p/s terima kasih kepada en arun untuk tentang ciri-ciri mutasi gen ini..

Khamis, 11 Oktober 2012

=AYAM REPLIKA

BAHAGIAN SISI
BAHAGIAN HADAPAN
BAHAGIAN ATAS

 (LYE HUAT GARDEN)  tahun 2010

Replika ayam sabung(batu),terdapat pelbagai saiz dari sebesar tin minuman sehingga setinggi bangunan 1 tingkat.tapi aku sempat beli yang kecil je bersaiz 30cm tinggi.Tentang penjagaan memang x susah.:) makanan x perlu,minun xperlu ,ubat x perlu, segala2nya x perlu.yang perlu modal awal nak beli je.Replika ni memang sesuai kalau nak di jadikan penyeri landkap tambahan kalau ANDA!!! betul2 berjiwa seni dan fanatik ayam. .Kalau dah selesai aku tacap kawasan farm aku ni barula ingat nak beli 1 lagi yang paras pingang buat jaga kawasan haaa.

Khamis, 4 Oktober 2012

= AYAM ONAGADORI


Onaga Goten baru berumur 8 bulan.molting ekor sangat memberangsangkan ..ayam kesayangan aku ni jinak dan manja gatai pun ada gak..maklumla dah diperingkat dewasa.apa pun harap pertumbuhan ekor goten berjalan dengan lancar...



=AYAM SILKEY

Buff Silkey (jantan)



Buff silkey (betina)

 
Bahagian muka                                                                                      
Bahagian mulut                                                                           
Bahagian sayap                                                                        
Bahagian badan                                                                         
Bahagian ekor                                                                        
Bahagian sisi kaki                                                                  
Bahagian hadapan kaki                                                                     
                                                                                        
                                                                                                     
p/s: Ayam Buff silkey berwarna keperangan saja aku tangkap sepasang letak kat farm .Ayam ni ada keunikanya tersendiri dan peminatnya serta yang paling penting mampu milik.thank kepada en Hafis

Rabu, 3 Oktober 2012

=AYAM GOLDEN LANCED POLISH,



  
Untuk tatapan pengunjung M.I.H FARM.Video ini sedang memaparkan tingkah laku ayam AGLP aku yang 
sedang (BERKISAR).Apa itu berkisar?,berkisar adalah kata ganti nama iaitu berpusing,berputar atau beralih.Penah masa kecik-kicik dulu aku tanya mak aku Mak ayam tu buat apa kat bawah pokok tu dok pusing-pusing patuk tanah letak atas badan.Mak aku jawab dengan nada slumber dia dok bekisaq..mandi la tu...macam tu la kalau nak tau ayam mandi hang jangan segan nak mandi ayam pon tau mandi..Haa ayat yang las tu tak boleh lupa,sempat lagi mak sakat aku..Dah besar ni baru la nak paham.OK terdapat 2 kompenan semulajadi yang sesuai untuk ayam berkisar iaitu pasir dan tanah gambut.Bekisar juga penting untuk ayam kerana dapat mengurangkan tekanan ayam di dalam kurungan,menjatuhkan hama atau kutu di badan ayam tak lupa juga mengeratkan hubungan antara ayam haaaa.Selain dari pasir dan tanah gambut ayam juga boleh dimandikan dengan mengunakan syempu serta dibilas dengan air bersih..terpulang kepada individu dan cara masing-masing untuk menjaga ayam kesayangan..  



Khamis, 27 September 2012

= AYAM ONAGADORI

ONAGA(BEZITA)


ONAGA(BULMA)                                          
                  
                                
                                                                                                     
onaga (bezita),merupakan anak kepada white onaga+onaga(bulma)..akhirnya dapat balik warna ni.masih muda dan harap-harap pertumbuhan ekornya x mempunyai masaalah hendaknya...dan sekarang berumur 8 bulan ........................................................................................................................................................

Sabtu, 1 September 2012

= AYAM ONAGADOR

ONAGA (GOTEN)

BAHAGIAN BULU RAMBAI

BAHAGIAN BELAKANG

BAHAGIAN BULU PELANA

BAHAGIAN SISI

BAHAGIAN STRO 
Onaga GOTEN diberi nama .Menetas pada 30/1/2012.Pada usia goten sekarang 7 bulan.Goten mempunyai ciri2 yang hampir keseluruhanya dikehendaki.Pertumbuhan ekor yang memberansangkan dan yang penting tak banyak karenah.Nak kenal Goten senang je ,lihat pada sehelai ekor yang berwarna hitam tu.Goten juga merupakan harapan aku untuk mengantikan abang beliau iaitu onaga thai yang juga mempunya pertalian darah yang kuat iaitu seibu dan sebapa dari onaga asal(white onaga).apa pon kesimpulan x dapat di buat lagi kena tunggu aje macam2 boleh jadi.. PERIGATAN!!!(((NOT FOR SALE)))





= AYAM ONAGADORI

ONAGA(GOHAN)
BAHAGIAN  EKOR
BAHAGIAN EKOR
  
Anak onaga ini diberi nama GOHAN senang nak ingat kalau x semua warna sama ja.jadi untuk memudahkan kerja bagi je nama.ok gohan menetas pada 30/1/2012.dan sekarang berusia 7 bulan pertumbuhan ekor agak perlahan atau kurang memuaskan .Mungkin disebabkan kurang perhatian pada bulan ramadan hari tu.si gohan ni agak kurang pandai bab2 nak bersihkan ekor dia jadi ambik kawwww sebulan aku buat tak tau..Baru padan muka gohan termasuk aku sekali haaa..gohan juga mempunya tubuh badan yang kecil dan memanjang.Untuk mengetahui panjang ekor dia rasa2 aku dah boleh teka tapi tak tau la kena atau tak tapi harap2 dia dapat jadi seperti abang seibu yang berhijrah ke thai..hem tunggu je laa

=AYAM GOLDEN LANCED POLISH






 GOLDEN LANCED POLISH  JANTAN
PASANGAN GOLDEN LANCED POLISH
BAHAGIAN JAMBUL DAN BULU TENGKOK
BAHAGIAN ATAS
BAHAGIAN BULU RAMBAI
BAHAGIAN KAKI
Ayam golden lanced polish.Mempunyai warna bulu yang menarik sesuai dijadikan haiwan kesayangan.berjari    
4 dan berbulu kaki tapi x la lebat sangat.Agak jinak makanan pun x susah dia bedal jer.haa agak mencuit hati bila melihat ayam ni berjalan .Mana taknya hampir keseluruhan bulu di atas kepala dia tu menutupi mata.tehingut2 la bila berjalan.sian la pulak xpe2 nanti papa bawak g salon ye kasi potog sikit jambul tu.