silve dan white

silve dan white
onagadori

SELAMAT DATANG


H/p En IRWAN 0175588949(WhatsApp)

Khamis, 27 Mac 2014




Selasa, 21 Januari 2014

=AYAM KETAWA


video
AYAM KETAWA DI M.I.H FARM
KATEGORI SUARA LAMBAT(GAGA)

SEJARAH RINGKAS AYAM KETAWA&GAGA


1) ASAL USUL AYAM KETAWA&GAGA
 Berasal dari Daerah Sidrap(sidenreng Ramppang) yang juga dikenali masyarakat tempatan sebagai lumbung padi kerana tanahya yang subur.Permulaan perkembangan ayam ketawa atau dikenali juga sebagai ayam gaga ini di daerah asalnya mula berkembang di daerah sekitarnya .Manakala tahun ayam ini mula di kenali tidak pasti..

2)GOLONGAN YANG MEMELIHARA
Pada mulanya ayam ketawa dipelihara oleh golongan bangsawan Bugis di sulawesi selatan sebagai  simbol kegagahan kepada si pemilik.Demikian juga istilah ini di pakai seorang golongan bangsawan tempatan iaitu Sultan Hasanudin yang juga terkenal dengan gelaran (ayam jantan dari Timur).Gelaran ini di berikan masyarakat tempatan kerana usaha serta kegigihan beliau mengusir masyarakat penjajah dari bumi Sulawesi Selatan.

3)WARNA SERTA MAKSUD
a)-warna( BAKA)
-warna dasar putih berkilat serta di sulami warna hitam,oren dan merah .manakala kaki berwarna hitam ,hijau serta putih.
-maksud warna
menambah harta kepada si pemilik.

b)-warna(LAPPUNG)
-warna dasar hitam serta di sulami warna merah hati manakala kaki berwarna hitam serta hijau serta mempunyai mata kuning keputihan.
-maksud
menjaga harta si pemilik/tuan

c)(KORO)
warna dasar hitam di sulami warna putih,kuning serta hijau manakala warna kaki adalah kuning,hitam serta hijau.
-maksud
membawa ke arah kesenangan serta harta kepada si pemilik

d)(CEMPAGA BOLONG)
-warna dasar hitam di sulami warna putih sampai ke pangkal leher serta kaki yang berwarna hitam,hijau
-maksud  si pemilik mempunyai harta

e)(IJO BUATA)
-warna dasar hijau disulami warna merah serta di selang warna hitam pada sayap serta kaki berwarna kuning
-maksud menambah harta serta rezeki yang tidak putus.

f)(BORE TASE)
-warna dasar merah serta di sulami bintik kuning
-maksud tidak pasti..

MULA DI KENALI
-Pada tahun 2005 ayam ketawa mula mendapat nafas baru oleh pemerintah daerah Kabupaten Sidrap bagi menjaga kelansungan daripada pupus.Di antara cadangan yang di berikan dan mendapat sambutan bukan sahaja di daerah asalnya malah tersebar ke seluruh pelusuk indonesia adalah dengan mengadakan pertandingan seni suara.

KATEGORI SUARA
 -suara ayam ketawa yang menyerupai seolah-olah orang sedang ketawa ini di bahagikan dalam beberapa kategori antaranya
*suara cepat (geretek)
*suara mendayu-dayu(dodo)
*suara lambat(gaga)

P/S SEKIRANYA ANDA BERMINAT DENGAN AYAM YANG BERADA DI DALAM VIDEO DI ATAS ATAU ANAK BOLEH TERUS MENGHUBUNGI  SAYA 0175588 949 IRWAN


Jumaat, 27 Disember 2013

EXPO HARI PELADANG PENTERNAK DAN NELAYAN BULAN 12/2013

SANGKAR YANG BARU DI PASANG SEHARI SEBELUM EXPO
ANAK AYAM WARNA WARNI
UNTUK JUALAN
SILVER (MODEL)
HARI KE 2
EN JABAR SEDANG MENJUAL ANAK AYAM WARNA WARNI

Ahad, 22 Disember 2013

EXPO HARI PELADANG PENTERNAK DAN NELAYAN BULAN 6/2013


HEE




Mini expo Hari Peladang Penternak Dan Nelayan di kuala nerang Kedah Darul Aman .M.I.H FARM di jemput untuk menyertai mini expo yang berlansung selama 3 hari pada bulan 6/2013.Antara ayam yang di bawa dari farm adalah onaga goten ,frizzly polish gold,black polish dan black rosecomb yang lainya milik kawan-kawan.Juga sekalung budi kepada en ishak juga penternak ayam serta en alias pegawai dari veterina alor setar kerana sudi menjemput M.I.H FARM ..

Rabu, 30 Oktober 2013

MAKANAN TAMBAHAN

LOKASI MENTERNAK CACING 
CACING 
SEDAP OOO
BEKAS PENGUMPULAN

  CACING ..haa salah satu makanan tambahan atau pun hidangan istimewa kepada ayam di m.i.h di farm..Nampak sedap bukan,memang la sedap tapi kalau ayam yang lihat kalau anda yang membaca entri ini terpulang la..di m.i.h farm cara menternak cacing adalah dengan cara lepas jadi tak perlu pikir tentang penjagaan.lokasi menternak cacing adalah di kawasan tepi kolam atau parit yang mempunyai tanah yang lembab serta mempunyai rumput atau tanaman di sekitar supaya daun-daun yang gugur boleh di jadikan makan kepada cacing.Fungsi terbaik cacing kepada ayam adalah untuk memerahkan balung ,mencergaskan anak ayam serta baik untuk induk dalam kurungan lebih-lebih lagi yang sedang dikawinkan.apa yang di tulis ini bedasarkan pengalaman peribadi selama 5 tahun pemerhatian m.i.h mengunaan cacing kepada ayam onaga serta ayam di m.i.h farm ..keberkesanan memang terbukti serta kos adalah 0/0..ANDA BAGAI MANA

Isnin, 30 September 2013

=PEMAKANAN UTAMA

PADI

TEMUKUT
GANDUM
 
JAGUNG 
DEDAK PENELUR
DEDAK GOLD COIN
SAMBAU
TEMUKUT 1=50KG
TEMUKUT   1=14KG

   Antara makanan utama yang diberikan kepada ayam di m.i.h farm seperti padi,temukut,palet,dedak gold coin 201c,dedak penelur,jagung,gandum dan sambau.Setiap makanan mempunyai zat tersendiri dan kelebihan serta kekurangan.Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan setiap makanan yang diberikan pada ayam.. anda kena tunggu ..sebab mood menaip tak berapa ada sekarang zassss.


Ahad, 29 September 2013

SILVER











Salam kepada pengunjung blog ,kali ini m.i.h memaparkan salah satu daripada gambar model terbaru yang berwarna silver.Sesi bergambar di karpet merah hahaha bukan artis atau vvip je yang boleh bergambar ayam pon boleh derr.Pertumbuhan ekor sangat memberansangkan malah telah memcecah hampir 5 kaki dah dekat 2 meter tu.Penjagan hampir sama dengan onaga model yang lain  dan ayam pun biasa-biasa ajer.Terdapat beberapa faktor untuk mendapatkan kualiti yang baik bagi seekor ayam ekor panjang salah satu diantaranya .Genetik,minat,pemakanan,penjagaan,sangkar,ubat dan beberapa aspek penting lagi tapi malas nak taip..ok untuk bulan oktober m.i.h bercerita tentang pemakanan jadi kena tungu la yee.