silve dan white

silve dan white
onagadori

SELAMAT DATANG


H/p En IRWAN 0175588949(WhatsApp)

Jumaat, 16 Mei 2014

=REBAN SERBAGUNA


=KOLAM

=SUNTIKAN VAKSIN

Selasa, 21 Januari 2014

=AYAM KETAWA


video
AYAM KETAWA DI M.I.H FARM
KATEGORI SUARA LAMBAT(GAGA)

SEJARAH RINGKAS AYAM KETAWA&GAGA


1) ASAL USUL AYAM KETAWA&GAGA
 Berasal dari Daerah Sidrap(sidenreng Ramppang) yang juga dikenali masyarakat tempatan sebagai lumbung padi kerana tanahya yang subur.Permulaan perkembangan ayam ketawa atau dikenali juga sebagai ayam gaga ini di daerah asalnya mula berkembang di daerah sekitarnya .Manakala tahun ayam ini mula di kenali tidak pasti..

2)GOLONGAN YANG MEMELIHARA
Pada mulanya ayam ketawa dipelihara oleh golongan bangsawan Bugis di sulawesi selatan sebagai  simbol kegagahan kepada si pemilik.Demikian juga istilah ini di pakai seorang golongan bangsawan tempatan iaitu Sultan Hasanudin yang juga terkenal dengan gelaran (ayam jantan dari Timur).Gelaran ini di berikan masyarakat tempatan kerana usaha serta kegigihan beliau mengusir masyarakat penjajah dari bumi Sulawesi Selatan.

3)WARNA SERTA MAKSUD
a)-warna( BAKA)
-warna dasar putih berkilat serta di sulami warna hitam,oren dan merah .manakala kaki berwarna hitam ,hijau serta putih.
-maksud warna
menambah harta kepada si pemilik.

b)-warna(LAPPUNG)
-warna dasar hitam serta di sulami warna merah hati manakala kaki berwarna hitam serta hijau serta mempunyai mata kuning keputihan.
-maksud
menjaga harta si pemilik/tuan

c)(KORO)
warna dasar hitam di sulami warna putih,kuning serta hijau manakala warna kaki adalah kuning,hitam serta hijau.
-maksud
membawa ke arah kesenangan serta harta kepada si pemilik

d)(CEMPAGA BOLONG)
-warna dasar hitam di sulami warna putih sampai ke pangkal leher serta kaki yang berwarna hitam,hijau
-maksud  si pemilik mempunyai harta

e)(IJO BUATA)
-warna dasar hijau disulami warna merah serta di selang warna hitam pada sayap serta kaki berwarna kuning
-maksud menambah harta serta rezeki yang tidak putus.

f)(BORE TASE)
-warna dasar merah serta di sulami bintik kuning
-maksud tidak pasti..

MULA DI KENALI
-Pada tahun 2005 ayam ketawa mula mendapat nafas baru oleh pemerintah daerah Kabupaten Sidrap bagi menjaga kelansungan daripada pupus.Di antara cadangan yang di berikan dan mendapat sambutan bukan sahaja di daerah asalnya malah tersebar ke seluruh pelusuk indonesia adalah dengan mengadakan pertandingan seni suara.

KATEGORI SUARA
 -suara ayam ketawa yang menyerupai seolah-olah orang sedang ketawa ini di bahagikan dalam beberapa kategori antaranya
*suara cepat (geretek)
*suara mendayu-dayu(dodo)
*suara lambat(gaga)

P/S SEKIRANYA ANDA BERMINAT DENGAN AYAM YANG BERADA DI DALAM VIDEO DI ATAS ATAU ANAK BOLEH TERUS MENGHUBUNGI  SAYA 0175588 949 IRWAN